Festiva
Permohonan maaf yan dikeluarkan oleh Koperasi Hijrah Selangor (Kohijrah) di laman Facebooknya

KUALA LUMPUR – Penganjur Festival durian percuma yang dirancang diadakan di Sungai Kandis pada Sabtu ini menangguhkan program itu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut diadakan 4 Ogos depan.

Keputusan itu dibuat selepas badan pemantau pilihan raya (Bersih) mengkritik acara itu yang disifatkan sebagai rasuah dan melanggar peraturan pilihan raya.

Dalam satu kenyataan Koperasi Hijrah Selangor (Kohijrah) berkata, pihaknya mengambil maklum peringatan tersebut dan bersetuju untuk menangguhkan acara itu.

“Tujuan utama program belanja durian diadakan sebagai promosi sempena hari terakhir karnival tersebut.

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa jemputan terhadap YAB Datuk Menteri Besar Selangor dan Tuan Zawawi Mughni diadakan secara ad-hoc dan tidak mendapat sebarang pengesahan daripada pihak mereka,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun koperasi itu berkata, karnival Foodtruck Hijrah yang dijadual berlangsung daripada 14 hingga 28 Julai ini telah dirancang sebelum PRK Sungai Kandis hendak diadakan lagi.

Semalam, pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan tidak mengetahui mengenai penganjuran festival durian berkenaan dan menafikan memberi kebenaran agar imej menteri besar digunakan.

Program itu akan menyaksikan Kohijrah menawarkan sehingga 1,000 biji durian kepada penduduk setempat.

Kohijrah dikaitkan dengan Hijrah Selangor, yang merupakan program kredit mikro untuk usahawan oleh kerajaan Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast