ENGLAND – Steve Bruce akan kekal sebagai pengurus Aston Villa menjelang musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018-19.
Perkara itu disahkan selepas pemilik baharu kelab itu bermesyuarat pada Rabu.
Masa depan Bruce menjadi tidak menentu selepas spekulasi menyatakan legenda Arsenal Thierry Henry disenarai pendek sebagai calon utama mengemudi kelab itu.
Bagaimanapun kenyataan rasmi kelab semalam mengesahkan perubahan pengurus seperti yang dispekulasikan media sosial tidak akan berlaku.
Bruce akan terus kekal dan menerajui Aston Villa menjelang musim EPL baharu yang akan membuka tirai 11 Ogos ini.
Bruce membimbing skuad Villa sejak Oktober 2016 dan berjaya mengembalikan pasukan itu ke EPL. – MalaysiaGazette