Toby Alderweireld.
Toby Alderweireld.

LONDON – Jose Mourinho kini beralih kepada pelan B apabila mahu mendapatkan kembali pemain bek tengah Tottenham Hotspur, Toby Alderweireld.

Metro.UK melaporkan, ini kerana pengurus Manchester United itu berpendapat harga perpindahan pemain Leicester City, Harry Maguire terlalu mahal.

United masih mencari lagi dua pemain sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pilihan pertama kelab itu adalah pemain pertahanan tengah dan pemain sayap, tapi terkejut dengan permintaan Leicester City yang meletakkan harga perpindahan £75 juta (RM400 juta) untuk melepaskan Maguire.

Foxes enggan melepaskan pemain antarabangsa England itu selepas kehilangan Rihad Mahrez kepada Manchester City pada musim panas.

Bagaimanapun, United sememangnya menyasarkan Alderweireld sebagai pilihan utama untuk posisi pemain bek tengah namun berubah fikiran pada bulan lalu apabila Spurs meletakkan nilai £75 juta (RM400 juta) ke atas pemain Belgium itu.

Namun United akan cuba sekali lagi mendapatkan Alderweireld dan Old Trafford semakin positif bahawa mereka akan berjaya mendapatkan pemain yang diinginkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast