Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

SHAH ALAM – Rakyat Sungai Kandis wajar memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam untuk mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Lokman seorang pemimpin politik yang lantang menyuarakan masalah rakyat, selain berani berdepan dengan kerajaan negeri dan mendesak supaya permasalahan penduduk dapat diselesaikan.

“Rakyat dalam DUN Sungai Kandis sangat bertuah kalau dapat wakil rakyat seperti Lokman, seorang yang berwawasan, prihatin dengan permasalahan sekeliling dan berjiwa rakyat.

“Saya seru berikan sokongan supaya Lokman menang pada pilihan raya kecil ini. Sekiranya beliau diberi peluang, beliau boleh menjadikan semak dan imbang kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor dan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program walkabout bersama Lokman di sekitar Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kandis, hari ini.

Ditanya mengenai perkembangan semasa, Ahmad dengan ringkas memberitahu, nampak ada kemajuan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk DUN Sungai Kandis kerana memberi sokongan kepada BN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast