Chelsea
Aksi pemain Chelsea selepas berjaya menjaringkan gol ketika menentang Inter Milan dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) yang berlangsung awal pagi tadi.

NICE – Sepakan penalti menjadi penyelamat kepada Chelsea apabila menang dengan jaringan 5-4 dalam aksi menentang Inter Milan pada perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) yang berlangsung awal pagi tadi.

Pengadil perlawanan terpaksa membuat penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga akhir permainan.

Menerusi kemenangan itu, Chelsea akan bertemu dengan pencabar Liga Perdana Inggeris, Arsenal di Dublin Rabu ini.

Perlawanan itu akan berlangsung sebelum Chelsea menamatkan aksi pra musim menentang Lyon pada 7 Ogos depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast