Anwar Ibrahim bersama Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. foto FB

ISTANBUL – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada rawatan di Hospital Medipol, dekat Istanbul, semalam.

Anwar berkata, beliau berada di hospital itu untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor tentang tahap kemajuan kesihatannya.

“Panel doktor berpuas hati dengan tahap kemajuan kesihatan dan mengizinkan saya berlepas pulang ke tanah air,” katanya yang menjunjung kasih atas kunjungan Sultan Ibrahim.

Kunjungan Sultan Johor itu dikongsikan menerusi Facebook beliau.

Ketua Umum PKR itu berkata, Tuanku Sultan Ibrahim sempat diperkenalkan kepada panel doktor dan baginda turut mengucapkan terima kasih di atas rawatan baik yang diberikan kepada beliau.

Anwar telah menjalani prosedur pembedahan tulang belakang dan bahu kanannya baru-baru ini. – MalaysiaGazette