Kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya mengeluarkan kertas undi bagi pengiraan undi. foto Agensi

PHNOM PENH – Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang memerintah Kemboja didakwa telah memenangi pilihan raya umum yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi mendakwa pilihan raya itu tidak dilaksanakan dengan bebas bebas atau adil disebabkan oleh ugutan terhadap pengundi dan ketiadaan mana-mana pencabar kepada Perdana Menteri Hun Sen.

Pilihan raya Kemboja mendapat kritikan meluas kerana didakwa melakukan penipuan kerana kempen mengejut oleh Hun Sen dan sekutu-sekutunya terhadap pencabar dan pengkritik dan pembubaran parti pembangkang utama pada tahun lalu.

Dengan tiada menentang pembangkang yang sebenar, Hun Sen diramal menang.

Jurucakap CPP, Sok Eysan berkata, parti itu dianggarkan menguasai 100 daripada 125 kerusi Parlimen.

“CPP memenangi 80 peratus undi dan kami menjangkakan akan menang tidak kurang daripada 100 kerusi,” kata Sok Eysan kepada Reuters.

Keputusan penuh pilihan raya Kemboja dijangka dapat diumumkan pada pertengahan bulan depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah sebnayak 82.71 peratus berbanding 69.61 peratus pada tahun 2013. – MalaysiaGazette