Foto Instagram Zlatan Ibrahimovic.

LOS ANGELES – Zlatan Ibrahimovic membuktikan usia 36 tahun bukan penghalang apabila dia meledak tiga jaringan bagi membantu pasukannya LA Galaxy menundukkan Orlando City 4-3.

Ia merupakan hatrik pertama Ibrahimovic dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat sejak menyertai LA Galaxy dari Manchester United pada Mac lalu.

Dengan tiga gol itu, bekas pemain kebangsaan Sweden itu menambah jumlah jaringannya bersama kelab itu kepada 15 gol dalam 17 penampilan bersama LA Galaxy.

Malah pemain tinggi lampai ini juga berperanan mencipta peluang untuk Giovani dos Santos menjaringkan jaringan pertama pasukannya.

LA Galaxy kini melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada sembilan perlawanan untuk menghuni tangga ke tiga liga. –  MalaysiaGazette