Petronas

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Nizam Salleh dilantik sebagai Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu berkuatkuasa serta-merta.

Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin pula kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas.

Pengumuman itu diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang telah ditamatkan kontraknya pada 30 Jun lalu.

Ahmad Nizam bukan asing di Petronas kerana pernah memegang beberapa jawatan firma minyak negara.

Antaranya sebagai Pengarah Urusan Engen Ltd, anak syarikat Petronas di Afrika Selatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast