Pengerusi Gabungan ILKS Bumiputera, Nordin Abdul Malek pada sidang media di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) mahu kerajaan menyelesaikan isu bantuan pembiayaian kepada latihan kemahiran bidang teknikal dan vokasional (TVET).

Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusuf meminta Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran memberi perhatian dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Menurutnya, sejak lima tahun lalu, pihaknya mendapat tekanan menyelesaikan masalah kekurangan wang dalam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pelajar TVET yang memerlukan.

MGF02082018_PC MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)02
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusuf. foto AFFAN FAUZI, 02 OGOS 2018

Oleh hal yang demikian, Saharudin memohon kepada kerajaan Pakatan Harapan memperuntukan bantuan kewangan yang secukupnya pada PTPK, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institut Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera, Nordin Abdul Malek pula berkata, Kementerian Sumber Manusia perlu segera menyelesaikan isu tersebut.

“Dana TVET memerlukan sekurang-kurang RM500 juta setahun sebaliknya, dana diperuntukan semakin berkecil sehingga RM125 juta,” ujarnya.

Sehingga kini kuota pinjaman sesi ketiga PTPK 2018 yang dikeluarkan pada Jun lalu dan masih belum diselesaikan sepenuhnya.

“Kami menjangkakan permintaan bagi 30,000 pelatih sedia ada dan baharu memerlukan pinjaman pembiayaan”, katanya.

Turut hadir, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Harry Tan Huat Hock berserta lapan NGO berkaitan.

Antaranya wakil NGO itu ialah Gabungan ILKS India Malaysia, Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Swasta Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Belia Berkemahiran.-Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast