KUALA LUMPUR – Kira-kira sembilan kampung yang terletak dalam lingkungan lima kilometer radius Sungai Belat di Kuantan dijangka dilanda banjir mulai hari ini hingga 11 Disember 2024.
Amaran itu dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) susulan amaran hujan berterusan di peringkat berjaga-jaga oleh Jabatan Meteorologi pada 5 Disember lalu.
Kampung yang berisiko banjir ialah Kampung Batu 5 Jalan Gambang, Kampung Belukar, Kampung Gudang Rasau, Kampung Kurnia, Kampung Semangat, Kampung Telok Mahang, Sungai Isap, Taman Pandan Aman dan Kampung Sri Damai.
Katanya, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan.
Oleh itu, amaran dikeluarkan bagi memastikan semua penduduk yang berada di kawasan yang dijangka banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana. – MalaysiaGazette