NEW YORK – Apple menjadi firma awam pertama di dunia bernilai AS$1 trilion.
Nilai pasaran itu dicapai pada hari Khamis dan sahamnya ditutup pada harga AS$207.39 – merupakan rekod terbaharu.
Saham Apple meningkat sejak Selasa itu apabila ia melaporkan bakal mengumumkan prestasi yang lebih baik.
Apple telah mengatasi pesaing-pesaingnya, Amazon dan Microsoft untuk menjadi firma pertama yang bernilai AS$1 trilion.
Sejak kali pertama iPhone dijual pada tahun 2007, saham Apple susut sebanyak 1,100 peratus.
Tetapi ia telah melonjak sebanyak satu per tiga pada tahun lalu.
Kenaikan itu menakjubkan – 50,000 peratus – sejak syarikat pertama kali disenaraikan pada tahun 1980.
Ia juga meningkat 2,000 peratus untuk Indeks S&P 500 dalam tempoh yang sama.
Apple yang diasaskan Steve Jobs pada tahun 1976, pada mulanya lebih terkenal dengan komputer peribadi Mac sebelum mengeluarkan telefon pintarnya yang membuka jalan untuk ekonomi aplikasi. – MalaysiaGazette