KUALA LUMPUR- Dagangan saham Gamuda Bhd. dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd. digantung sejak 9 pagi tadi.
Kedua-dua syarikat tersebut memohon untuk menggantung urusniaga sehingga 5 petang ini dengan alasan sedang menantikan satu pengumuman penting.
Pengumuman tersebut mungkin berkaitan isu air Selangor yang mana petang ini satu majlis penyerahan surat tawaran pengambilan alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) akan diadakan.
Majlis akan dihadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.-MalaysiaGazette