ENGLAND – Pelumba Formula Satu pasukan Red Bull akan menamatkan khidmatnya bersama pasukan itu pada akhir 2018 ini.
Pelumba handal itu akan memulakan kariernya sebagai pelumba F1 pasukan Renault bermula musim 2019.
Ricciardo dalam penghijrahan pengejut itu dikatakan menandatangani perjanjian bertempoh dua tahun bersama pasukan Renault.
Renault merupakan pembekal enjin lumba kepada Red Bull tetapi tidak lagi mulai 2019.
“Ia antara keputusan paling sukar yang diambil dalam kerjaya saya sebagai pelumba.
“Tetapi saya rasa inilah masanya untuk saya mengambil cabaran baharu bersama Renault.
“Saya terpegun dengan pencapaian mereka (Renault) dalam tempoh dua tahun ini dan yakin boleh membantu pasukan itu membawa lebih banyak gelaran naik podium pada masa akan datang,” ujarnya.
Sementara itu Red Bull masih belum mengesahkan identiti pengganti Ricciardo sebagai rakan gandingan Max Verstappen.
Bagaimanapun Pelumba pasukan Toro Rosso, Pierre Gasly dilihat sebagai pilihan utama mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ricciardo.
Renault menamakan Nico Hulkenberg sebagai rakan pasukan Ricciardo bagi musim perlumbaan F1 2019.
Ricciardo akan mengisi kekosongan Carloz Sainz yang bakal menyertai pasukan McLaren walaupun pelumba itu menjadi pilihan kembali ke pasukan asal Red Bull sebagai rakan gandingan Verstappen.
Renault kini berada dalam kedudukan empat teratas dalam senarai kejuaraan pembinaan dan belum menjuarai sebagai perlumbaan musim ini.
Red Bull menamatkan kerjasama enjin bersama Renault dan beralih kepada khidmat Honda untuk musim 2019 dan 2020. – MalaysiaGazette