Seorang anggota polis menutup pintu pagar di pusat mengundi selepas tamat waktu mengundi pada pukul 5.30 petang sempena Pilihan Raya Kecil N.49 Sungai Kandis di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 04 OGOS 2018

SHAH ALAM – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis tamat tepat 5:30 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi adalah 45 peratus sekitar 4 petang tadi.

Seramai 865 petugas dalam kalangan orang awam dilantik mengendalikan proses PRK kali ini.

Sebanyak 19 premis digunakan sebagai pusat mengundi  dengan 109 saluran mengundi.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon PKR Zawawi Ahmad Mughni, Datuk Lokman Noor Adam daripada Barisan Nasional (BN) dan K Murthy calon Bebas.

Untuk rekod, PRK di situ diadakan setelah penyandangnya Shuhaimi Shafei meninggal dunia akibat kanser limfoma.

Allahyarham terdahulu berjaya mengekalkan kerusinya dengan meraih majoriti 12,4800 undi mengalahkan tiga lagi seterunya dari BN, Pas dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Majoriti di kawasan tersebut adalah pengundi Melayu (72 peratus), Cina 12 peratus, India 16 peratus manakala 1 peratus untk lain-lain.

Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19, Shah Alam yang digunakan sebagai pusat penamaan calon, turut menjadi pusat penjumlahan rasmi undi.-MalaysiaGazette