Nicolas Maduro
Nicolas Maduro. foto Agensi

CARACAS – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro terselamat daripada letupan dron ketika beliau sedang menyampaikan ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen, kata seorang pegawai.

Menteri Komunikasi, Jorge Rodriguez berkata, ia merupakan cubaan membunuh Maduro dan tujuh anggota tentera mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut, lapor BBC.

Berpuluh-puluh anggota tentera kelihatan menyelamatkan diri sebelum siaran dihentikan.

Letupan kuat boeh didengari daripada rakaman itu.

Rodriguez berkata, serangan berlaku ketika Maduro sedang berucap pada majlis ulang tahun angkatan tentera Venezuela yang ke-81.

Dua buah dron dilengkapi dengan bahan letupan meledak berhampiran presiden, tambah beliau.

Menteri itu mendakwa pembangkang berhaluan kiri bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

“Selepas kalah dalam pilihan raya, meraka gagal lagi,” kata Rodriguez.

Beliau merujuk pada pilihan raya presiden Mei lalu yang menyaksikan Maduro dipilih semula untuk penggal bertempoh enam tahun. – Agensi