Ihsan JKR

KUALA LUMPUR- Laluan di Kilometer (KM) 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan insiden jalan mendap, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, laluan terbabit ditutup kepada semua kenderaan daripada kedua-dua arah bermula hari ini sehingga arahan baharu dikeluarkan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, berdasarkan laporan JKR Gua Musang, pihaknya mengesan lubang benam baharu pada lokasi yang sama, namun berjarak lima meter daripada kejadian lubang benam pertama yang berlaku pada 23 November lalu.

“Dalam kejadian lubang benam pertama ia sudah dibaiki namun mereka mengesan terdapat lubang benam baharu sedalam sembilan meter.

“Pada Khamis lalu laluan terbabit ditutup satu lorong untuk semua kenderaan. Hari ini kerosakan semakin membesar dan laluan terpaksa di tutup kepada semua kenderaan.

Katanya, pihak JKR akan cuba membuka laluan lencongan secepat mungkin untuk pengguna jalan terbabit.

Pada 23 November lalu berlaku kejadian lubang benam sedalam enam meter di KM 78 Jalan Gua Musang-Lojing sehingga menyebabkan laluan dari arah Lojing terpaksa ditutup satu lorong.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast