Pasukan keselamatan mengeluarkan mangsa-mangsa gempa bumi yang cedera. foto Agensi

LOMBOK – Gempa bumi kuat yang melanda Lombok, pulau pelancongan popular Indonesia baru-baru ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 98 orang.

Gempa bumi dengan 6.9 magnitud itu juga menggegarkan Bali.

Bencana alam yang berlaku di utara Lombok pada tengah hari Ahad lalu telah mencetuskan amaran tsunami serta mengakibatkan bangunan-bangunan sehingga di Denpasar dan Bali musnah.

Selepas itu, Lombok sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi dengan 5.4 magnitud.

Di Lombok, beribu-ribu penduduk keluar dari kediaman masing-masing untuk berlindung di kawasan lapang.

Amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gelombang setinggi 15 sentimeter melanda di kawasan perkampung, namun telah ditarik semula.

Ketua Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kebanyakan kematian berlaku di daerah utara Lombok.

Beribu-ribu kediaman musnah dan kebanyakan mangsa maut akibat ditimpa runtuhan rumah masing-masing.

Seramai 236 orang lagi dilapor cedera. – MalaysiaGazette