Kepa Arrizabalaga berpindah ke Chelsea ke Athletic Bilbao dengan rekod perpindahan dunia bagi seorang penjaga gol.

LONDON – Chelsea membuat kejutan mengikat Kepa Arrizabalaga sebagai penjaga gol termahal di dunia, lapor Metro.

Pemain kelab Athletic Bilbao itu mengikat dengan kontrak selama tujuh tahun.

Arrizabalaga merekodkan perpindahan dunia dengan nilai 72 juta pound selepas Thibaut Courtois dilepaskan.

Perpindahan pemain berusia 23 tahun itu mengatasi jumlah bayaran tertinggi sebelum ini yang dibuat Liverpool untuk mendapatkan Alisson dengan 66.8 juta pound.

The Blues sebelum berminat mendapatkan Alisson namun pemain Brazil itu memilih bekerjasama dengan Jurgen Klopp.

“Menyertai kelab besar seperti Chelsea merupakan keputusan penting buat saya, karier dan juga kehidupan peribadi.

“Banyak perkara yang menjadi faktor utama, semua gelaran sudah dijulang, sebab pemain-pemain, bandar dan Liga Perdana Inggeris,” katanya.

Selain itu, pada Rabu Real Madrid mengesahkan ketibaan Courtois dengan 35 juta pound untuk kontrak enam tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast