Peguambela yang diketuai Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di mahkamah bagi mendengar penetapan tarikh perbicaraan bagi tujuh pertuduhan melibatkan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan menerima wang hasil aktiviti haram terhadap anak guamnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2018.
Muhammad Shafee Abdullah

KUALA LUMPUR – Prejudis terlalu awal kepada Datuk Seri Najib Razak oleh masyarakat sebelum anak guamnya dibicarakan, kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam kepada bekas perdana menteri itu berkata demikian semasa berhujah di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan prosiding permohonan perintah tegahan (gag order)  untuk menghalang perbicaraan awam berkaitan kes pertuduhan terhadap Najib.

Beliau berhujah lebih kurang sejam di depan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada sebelah pagi tadi.

Shafee dalam masa yang sama memetik laporan berita yang disiarkan oleh Sarawak Report mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa Najib dan dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Datuk Seri Shukri Abdul. 

Selain itu, beliau menyebut tentang kenyataan-kenyataan yang dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga didakwanya mempengaruhi minda orang awam. 

“Bukan setakat  Sarawak Report, Tun M pundangan kenyataan-kenyataan yang menyalahkan Najib mempengaruhi orang,” katanya di dalam kamar Mahkamah Jenayah Tinggi 3 di sini hari ini.

Muhammad Shafee selain itu berkata, rakyat menerusi media  sosial juga membincangkan isu Najib secara keterlaluan. 

Mahkamah selepas itu berehat dan disambung pula pukul 2.30 petang dan giliran pihak pendakwa raya untuk mengutarakan hujah-hujahnya,

Terdahulu Najib hadir dua anaknya, Nor Ashman  dan Nooryana Najwa bagi mendengar keputusan permohonan gag order untuk mengekang perbicaraan awam terhadapnya. – MalaysiaGazette