Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin menggesa Low Taek Jho atau Jho Low supaya balik ke Malaysia dan berdepan dengan pihak berkuasa.

“Jika anda tidak bersalah, berhenti dari bersembunyi,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu menerusi Twitter.

Kata Khairy, selagi Jho Low melarikan diri dan kes-kes mahkamah yang berkaitan (SRC) masih belum selesai, pembinaan semula UMNO tidak dapat dilakukan.

Ini kerana, UMNO akan terus berdepan dengan isu-isu yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli perniagaan itu adalah individu utama dalam skandal 1MDB.

Beliau bukan sahaja dikehendaki oleh Malaysia, malah beberapa negara lain yang turut menyiasat kes penyelewengan dana  tersebut. – MalaysiaGazette