Lebih 600 anggota dan pegawai polis yang sebelum ini berkhidmat di bawah beberapa pasukan khas akan ditempatkan di 10 jabatan lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid berhubung surat yang ditulisnya kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Tanpa mendedahkan bila keterangan Hasanah diambil, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya juga sudah memanggil beberapa lagi pegawai MEIO bagi membantu siasatan berkenaan.

Katanya polis juga akan mengambil keterangan beberapa pegawai MEIO di Washington.

“Kemudian kita akan hantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya  untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di sini, hari ini.

Surat Hasanah bertarikh 4 Mei itu ditujukan kepada Pengarah CIA Gina Haspel meminta Amerika Syarikat menyokong pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Pada 31 Julai lepas, Hasanah meminta polis menyiasat dalang yang membocorkan isi kandungan surat itu.

Hasanah yang membuat laporan polis berkata kandungan surat itu bukanlah perkara yang aneh berbentuk derhaka kerana mandat MEIO adalah menjaga keselamatan negara.

Ditanya berhubung kes 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) disyaki terlibat dalam penyelewengan dana PRU14, Fuzi berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung kehilangan wang itu.

“Tiada laporan polis dari mana-mana parti politik diterima berhubung kehilangan dana PRU14 itu ,” katanya.

Seramai 17 pegawai dan pengawal keselamatan termasuk seorang pegawai keselamatan gred 52 ditahan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kes penyelewengan dana berjumlah RM3.5 juta.

Terdahulu, Mohamad Fuzi menyampaikan anugerah pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 51 pegawai atas jasa dan pengorbanan kepada negara.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast