Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meluah rasa sentimentalnya apabila memuat naik satu klip video muzik di laman Facebooknya.

Lagu Alasanmu nyanyian kumpulan Exist, menurut bekas Perdana Menteri itu, lirik yang digunakan bagi mengiringi irama tersebut sesuai dengan keadaan yang dialaminya kini.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, beliau menerima pautan video tersebut daripada seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya tidak tahu siapa yang edit video ini tetapi lirik lagu hit yang lama ini macam kena tepat sekali dengan situasi saya,” katanya di Facebook hari ini.

Menerusi klip video berkenaan lagu yang asalnya bertemakan kegagalan percintaan disunting menggunakan gambar-gambar politik bagi menceritakan bagaimana beliau akhirnya hilang daripada kuasa.

Pada bait lirik tertentu, ia kelihatan ‘kena’ apabila disesuaikan dengan gambar yang mewakili senario dialami Najib ketika ini.

Lebih tersekan, ketika bait lirik “bertentang mata seolah-olah tiada apa”, penyunting video tersebut memaparkan imej Najib bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika memiliki hubungan baik.

Video itu juga disunting penuh kreatif apabila turut memaparkan beberapa imej negatif ketika di bawah pentadbiran Mahathir antara tahun 1982 hingga tahun 2002.

Antaranya ialah tindakan polis ke atas penunjuk perasaan proreformasi serta kejadian pertumpahan darah di Memali, Kedah.

“Terima kasih kepada individu yang edit video ini,” kata Najib di akhir tulisannya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast