Cristiano Ronaldo kini bersama Juventus. Foto marca.com
Cristiano Ronaldo kini bersama Juventus. Foto marca.com

TURIN, Itali – Bintang dunia, Cristiano Ronaldo terus gagal untuk menjaring gol pertamanya di Itali walaupun Juventus meraih kemenangan 2-0 ke atas Lazio pada aksi kedua Serie A, awal pagi tadi.

Beraksi di laman sendiri buat pertama kali, peranan Ronaldo, 33, tidak boleh dinafikan apabila membantu Mario Mandzukic menjaringkan gol kedua pada minit ke-75 selepas Miralem Pjanic meledak gol pertama tuan rumah di Stadium Allianz.

Pemenang lima kali Ballon d’Or dari Portugal itu menyertai pasukan juara Serie A dari Real Madrid dengan nilai perpindahan berjumlah 100 juta euro (RM477.6 juta).

Juventus kini mencatat kemenangan dalam kedua-dua perlawanan mereka selepas menundukkan Chievo 3-2 di Verona pada aksi pertama liga.

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri berkata, apa yang menggembirakan dirinya adalah keterujaan dan semangat penyokong dalam stadium untuk menyaksikan perlawanan pertama Ronaldo di tempat sendiri.

“Cristiano baru bersama kami selama 15 hari namun sudah mampu untuk bertahan dan membuktika dia adalah pemain yang bijak.

“Sejak awal lagi, dia sedar liga di Itali ini jauh berbeza dengan Sepanyol dan dia juga faham apa itu DNA Juventus,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast