John McCain. foto Agensi

WASHINGTON – Ibu pejabat baharu Nato yang bernilai AS$1.4 bilion dicadangkan mengambil nama John McCain telah disokong oleh tiga bekas Setiausaha Agong badan itu selepas dicadangkan oleh ahli Parlimen Konservatif, Tom Tugendhat.

Mereka ialah Anders Fogh Rasmussen, Lord Robertson of Port Ellen dan Javier Solana.

Menurut mereka, pengiktirafan nama Senator Amerika Syarikat itu bagi menghargai sumbangan McCain dalam pakatan tentera barat.

Nato akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

McCain meninggal dunia pada Sabtu lalu merupakan pembela kepada Nato sepanjang kariernya, menyebabkan hubungannya dengan Presiden Donald Trump tegang.

Trump yang kritikal terhadap pakatan itu, mendakwa Amerika Syarikat terpaksa membayar lebih berbanding negara lain dan mengancam untuk keluar. – MalaysiaGazette