KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan pelbagai program bagi menstabilkan harga dan menjamin bekalan bahan makanan di pasaran tempatan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata antaranya melalui Program Stok Bekalan Makanan (SBM) inisiatif FAMA untuk bekalan makanan diperoleh daripada pengusaha tempatan dan diimport dari negara pengeluar.
Jelas Tze Tzin, bekalan diperoleh dari pengusaha tempatan dan import dari pengeluar yang melibatkan seluruh ‘outlet’ peruncitan FAMA seluruh Malaysia.
“Sejak 2018, program itu diperluaskan kepada 27 komoditi seperti sembilan jenis sayur-sayuran, barang kawalan iaitu gula, tepung dan minyak, lima jenis ikan beku segar (Q-Fish), ayam proses standard, telur ayam serta barangan industri asas tani.
“Kerajaan juga melaksanakan program Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani, Agrobazaar Kedai Rakyat dan outlet peruncitan lain di seluruh negara yang menawarkan penjimatan harga antara lima dan 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat,” katanya.
Beliau berkata bagi menjawab soalan lisan Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah mengenai usaha kementerian dalam membantu mengurangkan ketidakstabilan harga makanan dalam pasaran tempatan.
Tze Tzin menambah, antara tempoh Januari sehingga April 2018 sahaja, nilai jualan yang berjaya dicatatkan adalah sebanyak RM46 juta bagi Progam Belanja Dapur.
Selain itu, kementerian turut mengadakan Program Program Jualan Terus Dari Ladang melibatkan 337 peserta dengan nilai jualan RM790,803 dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Mei lepas. – Malaysia Gazette