SIBU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan calon-calon yang mengambil bahagian dalam pemilihan pimpinan tertinggi parti itu supaya bertanding secara sihat dan dalam satu keluarga besar demi memperkukuh parti itu.
Pemilihan pimpinan tertinggi PKR, yang dijadual 22 Sept hingga 28 Okt ini di seluruh negara, akan menyaksikan pertandingan semua peringkat kecuali jawatan presiden yang dimenangi Annuar tanpa bertanding bulan lepas.
Beliau menegaskan, tidak akan berkompromi dengan mana-mana calon yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan mereka supaya tidak bersikap kasar, bergaduh, mencerca dan memaki hamun semata-mata untuk menang.
“Pertandingan hendaklah (secara) sihat dalam keluarga besar. Kalau ada saya terima mana-mana laporan serius, saya tak peduli, you siapa (samada) you menang (atau) you kalah. Kita perlu selamatkan parti. Tiada kompromi,” tegasnya semasa berucap pada majlis makan `Melangkah Ke Arah Kegemilangan Baru Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam tadi.-BERANAMA















