GUANGDONG – Selatan China diancam taufan Mangkhut dengan hujan lebat dan angin kencang sehingga 100 kilometer sejam.
Bencana itu menyebabkan semua operasi pengangkutan dibatalkan dan kebanyakan jalan utama ditutup.
Penduduk-penduduk di daerah Guangdong telah diberi amaran tertinggi berhubung taufan Mangkhut.
Dua orang dilaporkan mangsa korban taufan ganas itu selepas Filipina merekodkan 64 kematian, menurut media China.
Taufan itu merupakan ribut paling ganas pada tahun ini, selepas ‘menggempur’ utara Filipina di Kepulauan Luzon sebelum menuju ke arah barat. – MalaysiaGazette