Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Harga saham di Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini, dipengaruhi kejatuhan semalaman di Wall Street.

Pelabur kekal berhati-hati berhubung persengketaan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China susulan pusingan baharu tarif oleh AS yang berkuat kuasa semalam, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.66 mata pada 1,798.51 daripada 1,800.17 penutup Isnin.

Ia dibuka 2.03 mata lebih rendah pagi ini pada 1,798.14.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 110 berbanding 103 dengan 181 tidak berubah manakala 1,504 tidak didagangkan dan 28 yang lain digantung.

Sejumlah 145.53 juta saham bertukar tangan bernilai RM61.56 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast