HONG KONG – British Airways menghentikan anak-anak kapalnya di bandar raya itu menjelang penutupan operasinya pada bulan depan.

Seramai 85 anak kapal telah dihentikan, didakwa bagi mengelakkan protes – satu langkah yang tidak sepatutnya dilakukan.

British Airways yang sudah beroperasi selama 82 tahun dibandar itu akan mengakhiri laluan tersebut pada akhir Oktober ini.

Ia terbang empat kali sehari dari Hong Kong ke London.

Kesatuan sekerja berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang penutupan operasi tetapi tidak tahu bila.

Keputusan itu dibuat selepas kajian semula “terperinci dan teliti” terhadap operasi global syarikat itu, katanya.

Bagaimanapun, kesatuan berpendapat British Airways sepatutnya memaklumkan perkara itu lebih awal.

Syarikat penerbangan itu sedang meningkatkan operasi di China menerusi rundingan dengan syarikat tempatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast