Dr. Hasnita Hashim, pemilik Doktor Falsafah dalam bidang Fizik Nuklear dari Universiti Oxford merupakan seorang pakar aktuari.
Dr. Hasnita Hashim

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Dr. Hasnita Hashim sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama enam lagi ahli lembaga pengarah yang baharu.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, PMO berkata, enam ahli lembaga pengarah tersebut adalah Prof Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak, Dr Nungsari Ahmad Radhi, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff and Zakri Khir.

Semua pelantikan berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Menurut kenyataan tersebut, Dr. Hasnita, pemilik Doktor Falsafah dalam bidang Fizik Nuklear dari Universiti Oxford merupakan seorang pakar aktuari.

Beliau ketika ini merupakan Pengerusi Maybank Asset Management Group serta salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Maybank Banking Bhd.

Dr. Hasnita memiliki pengalaman selama 26 tahun dalam bidang pengurusan kewangan dan pernah menjawat jawatan Ketua Eksekutif Guidance Investment, sebuah firma pelaburan di bawah Guidance Financial Group.

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang ahli aktuari di Coopers & Lybrand di London. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Institu Aktuari.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast