Penerbangan terus yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.
Dilaporkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malindo Air akan memperkenalkan laluan antara Kuala Lumpur dan Kolkata mulai 22 Oktober ini.

Susulan pengenalan itu, Malindo Air menawarkan promosi tambang sebanyak RM499 untuk Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan RM899 bagi satu lalu dari Kuala Lumpur.

Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang Malindo Air – www.malindoair.com, pejabat jualan, pusat pelanggan dan ejen-ejen pengembaraan.

Penerbangan OD21 dari Kuala Lumpur mengambil masa 3 jam 55 minit, dijadual berlepas pada pukul 9.55 malam dan tiba di Kolkata pada 11.20 tengah hari (GMT +5.30).

Manakala penerbangan balik dari Kolkata berlepas pada pukul 12.10 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 6.35 pagi. – MalaysiaGazette