COPENHAGEN – Seorang polis wanita disiasat kerana memeluk seorang penunjuk perasaan yang memakai niqab semasa demonstrasi melarang pengharaman pemakaian yang menutup mata.
Insiden itu berlaku semasa seorang penunjuk perasaan menangis.
Tindakan polis itu dirakam oleh seorang jurugambar Reuters pada 1 Ogos lalu apabila Denmark melarang pemakaian niqab berkuatkuasa pada tarikh berkenaan.
“Foto itu mencetuskan perdebatan politik yang sangat sensitif yang tidak sepatutnya,” kata Marcus Knuth, ahli Parlimen dari Parti Liberal yang anti-pendatang.
Knuth berkata, tugas polis adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan bukan memeluk orang yang menentangnya.
Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada penunjuk perasaan itu dipeluk atas dasar simpati atau mungkin kerana wanita itu sakit. – MalaysiaGazette