Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1430 semalam.

Peniaga itu berkata, ringgit menerima dorongan belian meskipun dolar AS yang lebih kukuh berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini.

“Fed AS meramalkan tambahan kenaikan kadar faedah pada Disember, tiga untuk tahun depan, dan satu lagi pada 2020.

“Ini mungkin menjejaskan prestasi ringgit, tetapi kami berharap ia impaknya dapat dilemahkan menerusi harga minyak yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/0349 daripada 3.0320/0354 pada Rabu tetapi menyusut berbanding yen kepada 3.6697/6743 daripada 3.6648/6699.

Berbanding euro, ia meningkat kepada 4.8427/8495 daripada 4.8695/8747 semalam dan lebih kukuh kepada 5.4315/4380 daripada 5.4486/4543 berbanding pound British. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast