Harga runcit minyak petrol RON97 naik 14 sen seliter daripada RM2.65 pada bulan September kepada RM2.79 bagi tempoh 1 Oktober 2018 hingga 31 Oktober ini sementara harga petroleum RON95 dan diesel dikekalkan, masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, berdasarkan paparan rasmi di laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selepas menerajui pemerintahan negara susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun ini bagi menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Ia selaras dengan manifesto PRU-14 PH yang antara lain berjanji untuk menstabilkan harga bahan api di pasaran tempatan dengan menanggung subsidi bagi mengekalkan harga runcit petrol dan diesel dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast