PORT DICKSON – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) berkata, hanya dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang enggan menandatangani menandatangani Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih dan Adil.

Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, mereka ialah Tan Sri Isa Samad dan calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.

“Kalau mereka tidak tanda tangan, apakah isyarat yang mereka berikan kepada rakyat.

“Adakah mereka serius untuk bertanding di PRK, sejauh mana komitmen mereka?

“Pengundi akan hakimi tidak tanduk mereka,” katanya dalam sidang media bersama empat calon bebas yang menandatangani ikrar berkenaan.

Empat calon itu ialah Mohd Saiful Bukhari Azlan; Lau Seck Yan; Chan Keng Leong; dan Kan Chee Yuen.

Shahrul berkata calon Pas, Mohd Nazari memberi alasan bahawa perkara itu tidak mendapat kebenaran oleh pucuk pimpinan parti. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast