Kawasan kemalangan yang menyebabkan kematian 20 orang di New York. foto Agensi

NEW YORK – Seramai 20 orang maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah limosin untuk ke majlis perkahwinan di sini.

Kesemua 18 orang penumpang dalam limosin dan dua pejalan kaki meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku di bandar Schoharie.

Saksi-saksi berkata, limosin itu telah merempuh orang yang berada di sebuah kedai dan kafe berhampiran persimpangan yang sibuk.

Punca kemalangan masih belum diketahui.

Polis negara berkata, para penumpang yang menaiki limosin Ford Excursion 2001 – kenderaan sport utiliti dengan tidak memakai tali pinggang keledar.

Polis yang masih menyiasat insiden itu berkata, pemandu limosin itu juga maut.

Nama-nama penumpang juga tidak didedahkan sehingga keluarga mereka dimaklumkan tentang kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast