ISTANBUL – Konsul Jeneral Arab Saudi di Istanbul, Mohammad Al-Otaibi membuka konsulat negara itu untuk menunjukkan penulis, Jamal Khashoggi, yang hilang selepas keluar dari konsulat itu empat hari lalu tidak berada di premis tersebut.
Wartawan Reuters memasuki konsulat setinggi enam tingkat yang terletak di utara Istanbul.
“Saya ingin mengesahkan bahawa … Jamal tidak berada di konsulat mahupun di Arab Saudi, konsulat dan kedutaan bekerjasama mencari dia,” kata Al-Otaibi dalam satu wawancara di konsulat.
“Kami bimbang tentang kes ini,” katanya.
Al-Otaibi berkata, tidak ada pertuduhan undang-undang terhadap Khashoggi di konsulat itu, dan beliau mengiringi wartawan Reuters ketika melawat bangunan itu bagi membuktikan wartawan yang hilang itu tidak berada di premis tersebut.
Almari, kabinet fail, panel kayu unit penghawa dingin dibuka ketika Otaibi berjalan di bangunan enam tingkat itu termasuk bilik solat yang berada di aras bawah tanah, pejabat, kaunter visa, dapur, tandas, setor dan bilik keselamatan, lapor Saudi Gazette.
Bangunan itu mempunyai dua pintu masuk di bahagian depan dan belakang, dan Otaibi berkata, Khashoggi boleh keluar dari kedua-dua bahagian.
“Bagi mereka yang berkata dia diculik memberi tumpuan dia berada dalam bangunan ini, ia adaklah khabar angin tanpa bukti,” katanya.
“Kami kesal dengan kenyataan kenytataan yang dikeluarkan oleh para pegawai Turki yang mahukan (Khashoggi) berada dalam bangunan konsulat… tanpa berasaskan fakta,”.
Otaibi berkata, pihak berkuasa di kedua-dua negara saling berhubung.
“Mari kita beri masa dan peluang untuk kedua-dua pihak untuk melihat hasilnya.
“Pendapat bahawa Khashoggi mungkin diculik di konsulat adalah ‘jijik’,” katanya. – Agensi