Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus bercakap ketika sesi panel pada Program Malaysia A New Dawn anjuran Kementerian Kewangan Malaysia di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. foto IAFFAN FAUZI, 09 OKTOBER 2018
Nor Shamsiah Mohd Yunus

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi negara kekal stabil meskipun berlaku ketegangan dalam perdagangan dunia.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, rizab pertukaran antarabangsa berada paras mencukupi.

Fleksibiliti ringgit merupakan faktor pengukuhan, katanya.

Ringgit susut hari ini hampir setahun rendah kepada 4.1550 berbanding dolar ekoran penurunan nilai mata wang Asia.

Penyusutan itu berikutan kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat dan China akan menjejaskan kuasa ekonomi kuasa terbesar dunia.

Tinjauan sektor luaran bagi Malaysia turut positif walaupun persekitaran global mencabar.

Namun kemeruapan pasaran kewangan dijangka tidak memberi kesan kepada ekonomi.

Ini kerana kenaikan harga komoditi akan menyokong eksport.

Nor Shamsiah juga berkata, kedudukan polisi monetari mata wang juga sesuai buat masa ini. – MalaysiaGazette