Datuk Seri Redzuan Md Yusuf
Menteri Pembangunan Usahwan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bersama Timbalan Menteri Pembangunan USahawan, Dr. Mohd Hatta Ramli beramah mesra bersama kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada Majlis Pelancaran Pusat Sehenti Keusahawan dan MyPerintis-Revbiz Talk di Bangunan SME Corporation, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) berhadapan dengan risiko dibubarkan jika tidak menjalankan tugas dan menguruskan perbelanjaan dengan baik, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusuf.

Malah tambah beliau, semua semua agensi di bawah di bawah kementerian itu juga berhadapan dengan risiko yang sama jika tidak mencapai tahap memuaskan.

“Ya… Kalau tak mencapai sudah tentu (SME Corp) akan dibubarkan kalau tak jalankan tugas dengan baik.

“Tidak ada isu jika SME tidak menjalankan tugas apa-apa juga agensi yang tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan akan berhadapan dengan risiko (dibubarkan),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) dan MyPerintis -Bizrev di bangunan SME Corp sebentar tadi.

Tambah beliau, kenyataannya itu merupakan mesej agar SME melaksanakan tugas yang diamanahkam kerajaan persekutuan dengan baik.

“Itu mesej yang kukuh kalau SME tak capai mandat yang diberikan kerajaan,” katanya.

Selain SME Corp agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan adalah SME Bank, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Maktab Koperasi Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast