Polis mengawal di pintu masuk Parlimen susulan protes gaji minimum.

KUALA LUMPUR – Lebih 100 orang pekerja swasta berkumpul dan mengadakan protes di hadapan pintu masuk Parlimen pagi tadi bagi membantah gaji minimum sebanyak RM1,050.

Kumpulan protes itu ketuai oleh S. Arutchelvan dari Parti Sosialis Malaysia dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC, J.Solomon.

Mereka mula berarak ke Parlimen sekitar 10.30 pagi sambil membawa bendera dan banting dan melaungkan “bantah, bantah, bantah 1050 dan bangkit, bangkit, bangkit rakyat”.

Pintu masuk hadapan Parlimen di kawal ketat oleh polis sejak awal pagi tadi.

Sampai ke satu peringkat, laluan ke arah Parlimen ditutup bagi menghalang kumpulan tersebut mengadakan protes.

Protes itu telah mendapatkan perhatian Menteri Sumber Manusia apabila M. Kula Segaran menemui kumpulan protes berkenaan pada pukul 10.55 pagi.

Kula Segeran kemudian mengajak wakil kumpulan itu berbincang di bilik mesyuarat bangunan sementara Parlimen pada pukul 11.15 pagi. – MalaysiaGazette