KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengetuai satu delegasi Kementerian Pendidikan ke London.
Wan Saiful Wan Jan juga memuat naik gambarnya dan rombongan ke media sosialnya.
Menurut beliau, rombongan itu bertujuan bagi lebih memahami sistem sekolah di negara berkenaan.
Bagaimanapun, beliau dikritik oleh beberapa netizen dan penyokong UMNO.
Ramai dalam kalangan mereka menyifatkan tindakan ke luar negara itu membazir dan tidak produktif.
Mereka juga mempertikaikan kenapa melawat London sedangkan banyak lagi negara jiran yang mempunyai sistem yang baik seperti Singapura.
Lebih kasar, ada juga netizen mahu Wan Saiful menyelesaikan isu berkaitan PTPTN berbanding mengetuai lawatan sedemikian.
Seorang netizen, Fadzil berkata, “Jangan bazir duit negara, ini trip makan angin sahaja sejak dulu lagi..hasilnya tiada.
Manakala bagi Mag Jani, beliau berkata; “Lebih produktif kalau jemput wakil setiap negara ke Malaysia dan boleh bentangkan sistem pendidikan mereka dalam satu bengkel di mana boleh berbincang serta brainstorm dengan mereka secara lebih lanut dan boleh dapat resut segera.”
Malah ada yang mahu Wan Saiful mendedahkan berapa kos rombongan itu sekira beliau telus.
Bagi seorang lagi netizen, Awang pula berkata; “Penting sangat ke nak pergi tengok sistem sekolah penjajah? Malaysia tiada jatidiri nak buat sistem sekolah sendiri. Kamu ingat tu duit rakyat yang undi parti kamu?”
Sementara itu, aktivis UMNO, Tun Faisal pula berkata; “Kononnya negara nak bangkrap. Anda ini memang munafik dan penipulah.”- MalaysiaGazette