Buat masa ini kawasan Highland Towers adalah yang perlu dielakkan untuk sebarang pembinaan semula kerana terdapat bukti terdahulu bahawa tanahnya tidak stabil, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jelas Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, ini kerana kawasan itu sebelum ini telah terbukti mempunyai sejarah ketidakstabilan kedudukan dan struktur tanahnya.