KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi di dakwa di Mahkamah Sesyen kuala Lumpur, kali ini atas pertuduhan bersama Bekas Ketua Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullan dan Datuk Hasanah Ab Hamid yang merupakan bekas Ketua Pengarah MEIO atas kesalahan pecah amanah.

Tan Sri Irwan Serigar tiba kira kira pukul 8.10 pagi diikuti Datuk Seri Najib Razak yang memasuki perkarangan Kompleks Mahkamah KL 10 minit kemudian sambil menyapa barisan pengamal media. Untuk rekod Datuk Seri Najib dan Tan Sri Irwan akan berdepan 6 pertuduhan bersama pecah amanah membabitkan jumlah lebih RM 6.6 bilion manakala Datuk Hasanah Ab Hamid pula dijangka berdepan 1 pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah RM49 juta.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast