KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan menggesa agar koperasi-koperasi di negara ini agar dapat menyumbang kepada peningkatan 37 peratus kepada 42 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurut timbalan menterinya, Datuk Dr. Hatta Ramli, kesatuan koperasi perlu menyahut seruan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan ekonomi negara dapat terus berkembang di masa hadapan.

“Kita sasarkan peningkatan daripada 37 peratus kepada 42 peratus. Itu yang disasarkan kementerian.

“Ini melibatkan koperasi kalau bergiat aktif dalam peningkatan yang mendadak, kita lebih mudah cakap sasaran itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018 di Hotel Flamingo malam tadi.

Ujar Hatta, sehingga kini terdapat lebih 4,000 ahli koperasi yang tidak aktif dan kerajaan dalam rangka kerja untuk memastikan kesemua ahli koperasi di negara dapat menyumbang kepada peningkatan KDNK negara.

“Kita ada lebih kurang 4,000 koperasi yang tidak sihat maka kita kena sihatkan mereka,” katanya lagi.

Hatta turut berkata kementerian itu mengharapkan agar kerajaan dapat memperuntukkan lebih peruntukan dalam Bajet 2019 yang akan diumumkan Menteri Kewangan, Jumaat ini.

Ujarnya, sekiranya kerajaan mahu melihat koperasi-koperasi di negara ini menyumbang lebih dapat KDNK negara, maka kerajaan perlu penyalur lebih peruntukan bagi memastikan sasaran peningkatan 42 peratus pendapatan negara tercapai.

“Kalau kita dapat bajet untuk pembangunan yang lebih mungkin kita dapat mengatur gerak kerja pembangunan koperasi yang lebih mantap dalam bentuk bantuan perniagaan dan mengembangkan aktiviti mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Kalau tiba ke peringkat itu, saya rasa kita mula melihat koperasi boleh menyumbang sebagai kuasa ekonomi ketiga dalam negara. Kalau nak itu berlaku, peruntukan bajet pun mesti setimpal,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast