Donald Trump
Donald Trump

WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump akan mengenakan semua sekatan ke atas Iran yang dikeluarkan di bawah perjanjian nuklear 2015.

White House berkata, sekatan itu adalah paling berat pernah dikenakan ke atas Tehran dan mensasarkan sektor tenaga, perkapalan dan perbankan Iran.

Bagaimanapun, lapan negara tidak akan dikenakan hukuman oleh Amerika Syarikat kerana terus mengimport minyak Iran.

Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang menyokong perjanjian itu mengatakan mereka akan melindungi firma EU yang melakukan perniagaan sah dengan Iran.

Trump menarik balik perjanjian itu pada bulan Mei lalu selepas mendakwa terdapat ‘kecacatan’.

“Sekatan akan dilakukan” kata Trump melalui Twitternya.

Amerika Syarikat telah secara berperingkat-peringkat melaksanakan sekatan sejak ia menarik balik perjanjian itu tetapi para penganalisis berkata, pendekatan pendekatan yang akan dilaksanakan ini lebih penting kerana ia mensasarkan sektor-sektor utama ekonomi Tehran.

Namun, jurucakap Kementerian Luar Iran berkata, Tehran tidak peduli dengan sekatan yang dikenakan terhadap negara tersebut.

Perjanjian itu menyaksikan Iran mengehadkan aktiviti nuklearnya yang menjadi kontroversi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast