BUENOS AIRES – Tiga dinasor spesimen baharu yang keadaannya masih baik, Lavocatisaurus agrioensis, ditemui di daerah Neuquen, Argentina oleh sekumpulan saintis dari pelbagai negara.
Haiwan tersebut yang terdiri daripada seekor dinasor dewasa dan dua anak dinasor berkeliaran di muka bumi kira-kira 110 juta tahun dahulu ditemui oleh ahli paleontologi Argentina dan Sepanyol, lapor RT.
Spesis baharu itu diberi nama Lavocatisaurus agrioensis oleh mereka yang menemuinya merupakan haiwan herbivora yang dikategorikan dalam kumpulan dinasor Sauropods saurischian yang mempunyai leher dan ekor yang panjang dan kepala yang kecil.
Selain daripada leher, ekor dan bahagian belakang, pasukan tersebut turut menemui ‘kebanyakan’ tulang tengkorak, termasuk mulut, rahang dan gigi yang memungkinkan ‘pembinaan semula sepenuhnya’ dilakukan,” kata penyelidik Mezium Egidio Feruglio, Jose Luis Carballido.
Para saintis itu percaya fosil tersebut menunjukkan dinasor dewasa berukuran 12 meter panjang manakala dinasor yang lebih mula berukuran antara enam hingga tujuh meter panjang.
Mereka percaya spesis tersebut berkeliaran dan mati bersama-sama dalam satu kumpulan yang masih tidak diketahui dalam kalangan para saintis.
Keadaan topografi gurun ketika itu menyebabkannya haiwan itu memerlukan flora dan air yang banyak bagi meneruskan kewujudannya.
“Seseorang boleh membayangkan kumpulan Sauropods ini dapat menyesuaikan diri untk berhijrah ke persekitaran yang lebih panas dengan sedikit tumbuhan, kelembapan dan air, ia bukannya kawasan untuk mencari fosil,” kata Carballido. – Agensi