Donald Trump. foto Reuters

WASHINGTON – Amerika Syarikat akan melaksanakan sekatan paling ketat terhadap Tehran mulai hari Isnin.

Pentadbiran Donald Trump mengembalikan semua sekatan yang dibatalkan di bawah perjanjian nuklear 2015, yang mensasarkan Iran dan perdagangan yang berkaitan dengan Iran.

Sekatan tersebut akan menjejaskan eksport minyak, perkapalan dan bank, semua teras ekonomi Tehran.

Menjelang sekatan itu, beribu-ribu penunjuk perasaan Iran melakukan protes ‘Kematian Amerika’.

Manakala tentera Iran dipetik sebagai berkata akan mengadakan latihan pada hari Isnin dan Selasa untuk membuktikan keupayaan pertahanannya.

Demonstrasi itu berlangsung pada ulang tahun 39 tahun penempasan Amerika Syarikat di Tehran, yang menyebabkan empat dekad permusuhan.

Sebelum memulakan kempen untuk Pilihan Paya pertengahan penggeal Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, Iran sudah pun bergelut semasa di bawah dasar pentadbirannya.

“Sekatan Iran sangat kuat, ini adalah sekatan yang paling kuat yang pernah kita lakukan,dan kita akan lihat apa yang berlaku dengan Iran, tetapi mereka tidak berada dalam keadaan baik,saya boleh memberitahu anda,” katanya.

Washington mengenakan sekatan semula selepas Trump menarik balik perjanjian 2015 bagi mengekang cita-cita nuklear Iran.

Malah, Amerika Syarikat juga mahu menghentikan aktiviti ‘jahat’ Teheran termasuk serangan siber, ujian peluru berpandu balistik dan sokongan untuk kumpulan pengganas dan militan di Timur Tengah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast