Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik ketika hadir pada pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2018
Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik ketika hadir pada pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Disebabkan tidak puas hati dengan Belanjawan 2019 Pakatan Harapan (PH), bekas aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim menempelak kerajaan.

Menurut Adam, setelah PH memutuskan peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikenakan membayar balik pinjaman pada gaji RM1,000 sebulan, tiada seorang menteri pun yang membuat permohonan maaf kepada rakyat khususnya kepada para pelajar.

“Tak akan sekelumit kata maaf pun susah nak ditutur dek gagal memenuhi apa yang dijanjikan sendiri?

“Terlalu tinggikah duduknya hari ini sampai tiada rendah diri lagi dalam perkataan? Bahaya bapak menteri. Bahaya,” tulis Adli.

Katanya, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik harus bertindak sewajarnya dengan memohon maaf kerana PH tidak menepati janji dalam manifesto kerajaan.

Jumaat lalu, Adam menggesa kerajaan menyemak semula Belanjawan 2019 kerana pelaksanaan itu tidak wajar kerana gaji RM1,000 terlalu kecil ketika ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan peminjam berpendapatan lebih RM1,000 sebulan perlu membayar balik pinjaman dengan cara potongan gaji antara 2 hingga 15 peratus.

Maszlee pada Mei lalu berkata, kementeriannya akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.

Beliau berkata, ini kerana, isu berkaitan PTPTN merupakan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran PH.

Katanya, perkara itu akan menjadi antara fokus utama dalam jawatankuasa khas diketuai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast