Harrods, London

LONDON – Seorang wanita yang menghabiskan 16 juta pound di Harrods dan menjadi individu pertama di United Kingdom yang menerima Perintah Kekayaan Yang Tidak Dijelaskan (UWO).

Zamira Hajiyeva, 55, adalah isteri seorang bekas pegawai bank negara yang sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana melakukan penyelewengan di negara asal mereka di Azerbaijan.

Hajiyeva, yang tinggal di rumah yang bernilai 15 juta pound berhampiran kedai London, menjadi orang pertama yang menerima UWO oleh Badan Jenayah Kebangsaan bulan lepas.

UWO bermakna wanita itu perlu menjelaskan asal usulnya.

Peguamnya mengatakan wanita tersebut bukan seorang penipu.

Dia ditahan minggu lalu oleh Mahkamah Majistret Westminster oleh polis Metropolitan yang mendapat permintaan ekstradisi daripada pihak berkuasa di Azerbaijan.

Wanita itu berdepan dengan dua pertuduhan dan berada dalam tahanan sejak menyerah diri Selasa lalu.

Pada pendengaran jaminan, pendakwa berhujah bahawa dia tidak boleh dibebaskan kerana dikhuatiri meninggalkan negara itu.

Bagaimanapun peguam belanya berkata, wanita itu bukan penipu dan tidak mungkin melarikan diri.

Malah, anak-anaknya juga berada di United Kingdom dan mereka menetap di situ hampir sedekad selepas meninggalkan Azerbaijan selepas terselamat daripada diculik.

Hakim membenarkan Hajiyeva dibebaskan dengan jaminan 500,000 pound dan berada di kediamannya di Knightbridge serta melapor diri di balai polis setiap hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast